Alifh Aiman Teruskan Perjuangan Bersama Negeri Sembilan FC

Pemain muda, Muhammad Alifh Aiman meneruskan kerjayanya dalam bola sepak dengan menyertai pasukan Negeri Sembilan FC.

Alifh, yang berusia 25 tahun bermain sebagai pemain tengah. Beliau juga berkebolehan untuk bermain di bahagian sayap.

Alifh pernah beraksi bersama pasukan Kelantan FC dan PDRM FC sebelum menyertai skuad Jang. Bersama PDRM FC. Alifh telah membuat sebanyak 10 penampilan, selain membantu PDRM FC muncul juara Piala Cabaran 2023.

Menurut Alifh, beliau memilih untuk bersama Negeri Sembilan FC kerana ingin mengembangkan bakatnya dalam bola sepak. “Saya ingin membantu pasukan dalam Liga Malaysia musim 2024 – 2025. Kami akan berikan saingan untuk musim ini”.

Dengan sokongan daripada pihak pengurusan, pasukan teknikal, dan rakan sepasukannya, Alifh Aiman pastinya telah bersedia untuk menempuh cabaran yang menanti beliau bersama Negeri Sembilan FC.

Share this
© 2025 Negeri Sembilan Football Club. All rights reserved
Careers Facilities Contact Us