Aqil Razak: Meniti Cabaran Baru sebagai Penjaga Gol untuk Negeri Sembilan FC

NSFCNews

Aqil Razak hari ini diumumkan sebagai penjaga gol baharu skuad Jang.

Pemain berusia 27 tahun ini beraksi bersama PDRM FC pada musim lepas. Beliau sebelum itu mewakili pasukan PJ City FC selama 4 tahun.

Aqil menjadi penjaga gol ketiga yang diumumkan skuad Jang. Aqil bakal merebut tempat bersama 2 lagi penjaga gol iaitu Tauffiq Ar-Rasyid dan Syahmi Adib. Ia pastinya menjadi satu cabaran yang sengit untuk Aqil yang bercita-cita untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama pasukan.

“Saya datang ke Paroi kerana saya sukakan suasana di stadium itu. Saya ingin beraksi sekerap yang mungkin dan jika boleh, saya ingin beraksi untuk skuad kebangsaan,” ujar Aqil.

Negeri Sembilan FC kini rancak menyiapkan pasukan menjelang Liga Super yang bakal bermula pada Mei nanti dan telah memulakan latihan pra-musim sejak 2 minggu yang lepas.