Azzmi Ab Aziz Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC Yang Baharu

NSFCNews

Bekas Ketua Jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab Aziz hari ini diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC yang baharu. Beliau telah dipilih bagi menggantikan K.Devan yang telah tamat kontrak.

Dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan, pelantikan beliau dianggap sebagai pilihan yang tepat buat skuad Jang. Beliau telah terbukti sebagai seorang jurulatih yang berwibawa dan mampu membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

Azzmi bukanlah asing dalam bola sepak Negeri Sembilan. Beliau sebelum ini pernah membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC selama 3 musim (2020 – 2022) sebelum berhijrah ke PDRM FC. Azzmi sebelum itu, berkhidmat sebagai Penolong Jurulatih bersama Kedah Darul Aman FC selama 2 musim (2017 & 2018)

Komitmen Azzmi terhadap pembangunan pemain tempatan juga menjadi faktor penting yang menjadi kelebihan beliau. Beliau akan memberi penekanan kepada pembangunan bakat-bakat tempatan dalam skuad Jang dan membawa mereka ke aras yang lebih tinggi dalam arena bola sepak tempatan.

Menurut Azzmi, ini adalah musim yang ke-4 (secara keseluruhan) beliau berkhidmat bersama Negeri Sembilan FC. Banyak perubahan yang berlaku terutama dari segi persiapan dan perbelanjaan.

“Pemilihan pemain telah dibuat lebih awal dan kita bawa juga beberapa pemain dari PDRM FC. Beberapa pemain lama seperti Nasrullah Hanif, Barathkumar, Afiq Fitri dan Amirul Hakimi pernah bersama saya sebelum ini. Adalah sangat penting untuk saya bekerja dengan pemain-pemain yang saya kenal kerana saya tahu bagaimana cara kerja mereka.

“Dengan sokongan semua pihak, InsyaAllah kita dapat persembahkan bola sepak yang lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih positif.” katanya lagi.

Dengan pelantikan Azzmi sebagai Ketua Jurulatih, para penyokong Negeri Sembilan FC pastinya menaruh harapan yang tinggi untuk melihat skuad Jang meraih lebih kejayaan. Sama-sama kita doakan semoga beliau berjaya.