Dzulfahmi Kembali Perkasakan Skuad Jang

Pemain sayap, Dzulfahmi Abdul Hadi kini kembali untuk beraksi di Paroi bersama Negeri Sembilan FC.

Pemain berusia 29 tahun ini pernah mewakili Negeri Sembilan pada tahun 2019 dalam saingan Liga Premier. Bekas pemain PDRM FC ini turut ditawarkan untuk menyertai pasukan lain sebelum memutuskan untuk berkhidmat bersama skuad Jang.

“Saya mengambil keputusan untuk bersama Negeri Sembilan FC kerana ingin membawa haluan baru. Saya berharap agar musim ini kita mendapat keputusan yang lebih baik berbanding musim lepas.

“Dengan gabungan pemain lama dan baharu, kita akan berikan saingan yang hebat musim ini,” katanya.

Bersama PDRM FC, Dzulfahmi telah beraksi sebanyak 21 perlawanan dan menjaringkan 2 gol dalam semua kejohanan domestik musim 2023.

Share this
© 2025 Negeri Sembilan Football Club. All rights reserved
Careers Facilities Contact Us