Hein, Zainal bersama The Jangs ke Kota Bharu

Hein Htet Aung kembali menjalani latihan bersama pasukan bagi mempersiapkan diri menghadapi saingan Liga Super Malaysia menentang Kelantan Darul Naim FC Ahad ini.

Htet Aung pulang ke Yangon pada 17 Mac lalu bagi memenuhi panggilan skuad kebangsaannya terkandas di sana susulan negara itu dilanda gempa bumi yang dahsyat sehingga mengorbankan lebih 3,600 nyawa.

Ia menyebabkan proses dokumentasi kepulangan beliau menjadi rumit dan penerbangannya telah dijadualkan semula  apabila kerajaan Myanmar memberikan tumpuan penuh kepada operasi mencari dan menyelamat mangsa bencana.

Selain itu, Zainal Abidin yang tidak diturunkan untuk perlawanan tempoh hari akibat digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning dijangka akan kembali disenaraikan dalam senarai pemula.

Walaubagaimanapun, situasi berbeza untuk A.Selvan yang belum pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut. Beliau sebelum ini terlepas aksi perlawanan menentang Penang FC di Paroi Sabtu lalu tidak dapat diturunkan di Kota Bharu.

Share this
© 2025 Negeri Sembilan Football Club. All rights reserved
Careers Facilities Contact Us