Bintang muda dari Kelantan, Ikwan Yazek sah sertai Negeri Sembilan FC musim ini.
Ikhwan yang berusia 24 tahun, bermain di posisi sayap. Beliau sebelum ini dikenali kerana hantaran cantik yang menghasilkan jaringan ketika mewakili Kelantan FC menentang KL City FC.
Pemain yang memiliki ketinggian 1.65 m ini beraksi dalam 5 perlawanan bersama Kelantan FC pada musim lepas. Ikhwan juga merupakan pemain Piala Presiden Negeri Sembilan FC pada musim 2021.
“Negeri Sembilan FC sebuah pasukan yang besar. Saya ingin menimba pengalaman dan membantu pasukan ini untuk pergi lebih jauh. Saya akan berikan sepenuhnya untuk pasukan ini,” katanya.
Kehadiran pemain ini pastinya menambah variasi di bahagian serangan skuad Jang, yang kini telah memiliki pemain seperti Hadin Azman, A.Selvan, Dzulfahmi, Amirul Hakim dan Javabilaarivin.