Izaffiq Kembali Ke Paroi Dengan Misi Baharu

NSFCNews

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini pernah mewakili Negeri Sembilan FC pada musim 2022. Beliau membantu skuad Jang menduduki tangga ke-4 liga pada musim tersebut.

Pada musim 2023, Izaffiq memilih untuk mewakili pasukan PDRM FC. Bersama PDRM FC, beliau membantu The Cops memenangi Piala Cabaran 2023.

Kehadiran pemain bek kiri ini pastinya memberi saingan yang sihat kepada pemain muda, Azrin Afiq yang baru sahaja diumumkan sebagai pemain skuad Jang.

Menurut Izaffiq, beliau ingin membantu skuad Jang mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

“Saya pernah bersama pasukan ini dan kali ini saya kembali untuk membantu pasukan mendapatkan keputusan yang baik musim ini. Saya dan rakan sepasukan akan berusaha merialisasikan matlamat itu,” ujar Izaffiq.

Izaffiq pernah terpilih mewakili pasukan Malaysia B-19 Tahun. Beliau juga pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim FC II dan Kelantan FC.