Jacque Faye Sertai Negeri Sembilan FC Setelah Berjaya Bersama PDRM FC

Pemain kelahiran Senegal, Jacque Faye hari ini sah menjadi pemain import bagi pasukan Negeri Sembilan FC.

Pemain berusia 29 tahun ini beraksi bersama PDRM FC pada musim lepas. Beliau membantu The Cops memenangi Piala Cabaran dan mencatatkan 710 minit permainan dalam saingan Liga Super musim lepas.

“Saya telah memenangi Piala Cabaran bersama PDRM FC musim lepas. Saya juga memenangi beberapa pertandingan di negara asal saya. Menyertai Negeri Sembilan FC juga merupakan satu pencapaian bagi saya.

“Saya bermain menentang pasukan ini (Negeri Sembilan FC) pada musim lepas. Ia merupakan satu pasukan yang hebat,” katanya.

Pemain tengah ini menjadi pemain import kedua yang diumumkan oleh Negeri Sembilan FC, selepas penyertaan Hein Htet Aung yang menyertai skuad Jang secara pinjaman dari Selangor FC.

Share this
© 2025 Negeri Sembilan Football Club. All rights reserved
Careers Facilities Contact Us