Liga Super 2022: Negeri Sembilan FC menentang Johor Darul Ta’zim

NSFCNews Leave a Comment

Semalam telah berlangsung perlawanan penghulu liga di antara NSFC dan JDT Stadium Abdul Rahman Paroi ataupun dengan nama singkatannya STAR. Perlawanan ini merupakan salah satu perlawanan penting dalam kalender pasukan NSFC bagi kempen Liga Super musim 2022. Stadium STAR dibanjiri dengan 26 ribu penyokong yang hadir demi memeriahkan perlawanan ke lapan Liga Super 2022 ini.

Ketua jurulatih NSFC, K Devan menurunkan barisan utamanya dalam menghadapi JDT. Walau bagaimanapun, penjaring terbanyak NSFC iaitu Herold Goulon tidak diturunkan dalam kesebelasan utama mahupun berada di bangku simpanan.

JDT yang baharu meraikan kecemerlangan mereka diperingkat ACL juga turun menurunkan kesebelasan utama. Perlawanan dimulakan tepat pada pukul 9.00 malam waktu tempatan dan berkesudahan kosong berbalas kosong pada waktu 90 minit perlawanan. Kemudian, perlawanan bersambung dengan tambahan masa 10 minit untuk masa kecederaan.

Di minit akhir perlawanan, JDT berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan yang dirembat jauh oleh Fernando Martin Forestieri. Penjaga gol NSFC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang beraksi cemerlang sebelum itu tidak berjaya menepis bola tersebut yang masuk di hujung gawangnya. Gol tunggal tersebut menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan. Pengadil menghabiskan perlawanan sejurus selepas itu dengan NSFC kalah tipis satu berbalas kosong kepada pasukan JDT.

Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama NSFC dalam musim Liga Super 2022 sekaligus gagal mempertahankan rekod bersama dengan JDT sebagai pasukan yang masih belum pernah kalah di kempen Liga Super 2022. Kini NSFC berada di tempat kedua dalam carta liga dengan 14 mata dan kurang satu perlawanan. JDT mendahului liga dengan 15 mata dan kurang 3 perlawanan.

Perlawanan seterusnya menentang Kedah Darul Aman FC di tempat lawan akan berlangsung pada 17 May 2022 di Stadium Darul Aman. KDAFC menduduki di tempat ke tiga dalam liga dan akan cuba merebut tempat kedua dari NSFC pada perlawanan tersebut. Akhir kata, pihak NSFC ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap penyokong NSFC yang hadir ke stadium STAR. Hobin Jang Hobin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *