SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) akhirnya merasai nikmat kemenangan di tempat sendiri apabila menewaskan Sri Pahang FC, 2-1, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Ia kemenangan kedua dicatatkan skuad Hobin Jang Hobin musim ini selepas mengharungi 16 perlawanan dengan kedua-duanya ke atas Sri Pahang.
Memulakan aksi perlawanan dengan baik dengan beberapa gerakan merbahaya ke kawasan kubu lawan, ia jelas memberi impak positif dalam usaha mendapatkan gol.
Laporan Penuh: Berita Harian

