NSFC Jalin Kerjasama Dengan Cobra Gym 24 Hour Fitness

NSFCNews

Dalam langkah untuk memperkukuhkan skuad Negeri Sembilan FC B-23, Negeri Sembilan FC (NSFC) telah menjalinkan satu kerjasama dengan Cobra Gym 24 Hour Fitness. Melalui kerjasama ini, Cobra Gym 24 Hour Fitness menjadi Rakan Gimnasium Rasmi skuad B-23 yang kini berpangkalan di Mantin.

Menurut Pengarah Cobra Gym 24 Hour Fitness, Mathan Sreetharan beliau berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan NSFC, kerana NSFC memiliki sejarah melahirkan pemain yang berkualiti.

“Cobra Gym 24 Hour Fitness hari ini berbangga mengumumkan kerjasama strategik dengan NSFC, sebuah kelab yang bersejarah dalam melahirkan pemain yang berkualiti. Saya berharap kerjasama ini dapat membantu kecergasan pemain dengan menggunakan peralatan dan fasiliti kami.”

“Ini juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan jenama kepada Cobra Gym 24 Hour Fitness untuk peminat-peminat NSFC dan penduduk Negeri Sembilan.” Ujarnya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus pula beliau teruja dengan jalinan kerjasama ini.

“Kita tahu Cobra Gym 24 Hour Fitness memiliki 9 cawangan di Negeri Sembilan dan Selangor. 4 daripadanya berada di Mantin, Senawang, Seremban 2 dan Paroi. Skuad bimbingan Ishak Kunju boleh menggunakan fasiliti seperti bilik persalinan, sauna, peralatan gim yang diimport dari Eropah dan ianya dibuka 24 jam.”

“Kerjasama ini sangat dialu-alukan kerana pemain bakal mendapat akses kemudahan pusat gim yang terbaik. Ini juga merupakan antara komitmen pasukan dalam usaha menggilap bakat pemain muda” ujar beliau ketika melakukan kunjungan hormat di cawangan Mantin.