“Satu Jiwo, Seribu Makno” jadi semangat penyatuan penyokong Negeri Sembilan
Seremban, 19 Jun – Negeri Sembilan Football Club (NSFC) dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi Kad Keahlian “Hobin” NSFC bagi musim 2025/2026, sebuah inisiatif keahlian yang dirangka untuk memperkukuh ikatan di antara kelab dan para penyokong setianya.
Dengan slogan “Satu Jiwo, Seribu Makno,” kad keahlian ini bukan sekadar simbol kebanggaan, malah memberi pelbagai keistimewaan kepada pemiliknya termasuk:
- Diskaun eksklusif di kedai terpilih yang menyertai program rakan niaga.
- 5% diskaun pembelian barangan di Warrix Concept Store Rahang dan semua cawangan Galaxy Sports di seluruh negara.
- Peluang menyertai cabutan bertuah eksklusif untuk ahli sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus menyifatkan pelancaran ini sebagai langkah penting dalam memperkasakan budaya sokongan bola sepak Negeri Sembilan.
“Kad Keahlian Hobin NSFC bukan sahaja memperkukuhkan nilai komersil kelab, malah menjadi medium untuk menghargai sokongan jitu para penyokong. Ini adalah kad yang membawa semangat ‘Hobin Jang Hobin’ dalam bentuk yang lebih bermakna.”
Dalam usaha menambah nilai, kad keahlian fizikal ini direka khas dengan elemen estetika tradisi Negeri Sembilan dan akan dikeluarkan dalam edisi terhad mengikut musim. Pemegang kad juga berpeluang menikmati akses awal kepada pelbagai acara dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh kelab.
Pendaftaran Kad Keahlian Hobin NSFC dibuka secara dalam talian mulai 19 Jun2025 menerusi laman web rasmi store.nsfc1923.com.