Pemergian Allahyarham Ahmad bin Osman, Bekas Penolong Jurulatih Negeri Sembilan FC

Seremban, 26 April – Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan rasa dukacita memaklumkan bahawa bekas Penolong Jurulatih pasukan, Allahyarham Ahmad bin Osman, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.00 pagi tadi di kediamannya.​

Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai ‘Coach Mad’, memulakan kerjaya dalam arena bola sepak Negeri Sembilan sebagai pemain sebelum menyertai barisan kejurulatihan pada tahun 1995. Sepanjang tempoh perkhidmatannya sehingga tahun 2023, beliau telah berkhidmat di bawah 10 orang Ketua Jurulatih.​

Antara pencapaian utama yang diraih bersama pasukan Negeri Sembilan termasuklah kejuaraan Piala FA pada tahun 2003 dan 2010, Liga Super musim 2005/2006, Piala Malaysia edisi 2009 dan 2011, Piala Sumbangsih 2012, serta Liga Premier 2021.​

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada dunia bola sepak negeri ini. Sumbangan beliau dalam pembangunan sukan bola sepak serta bimbingan kepada generasi pemain muda akan terus dikenang dan dihargai.​

NSFC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.​

Al-Fatihah.

Share this
© 2025 Negeri Sembilan Football Club. All rights reserved
Careers Facilities Contact Us