Perkembangan Terkini Pasukan Menghadapi Saingan Liga Malaysia 2023

NSFCNews

Pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan.

Justeru itu, satu keputusan telah dibuat dan pihak kelab bersetuju untuk mengambil 3 pemain import dalam menghadapi saingan liga yang akan berlangsung pada 26 Februari 2023.

Pemain-pemain tersebut ialah Mark Herold Goulon, yang merupakan tonggak pertahanan Negeri Sembilan FC pada musim lepas. Beliau yang berasal dari Perancis telah menjaringkan 6 gol dalam saingan liga musim lepas.

Seorang lagi pemain ialah Ezechiel Ndouasel. Pemain kebangsaan Republik Chad ini beraksi sebagai penyerang dan bermain di Liga Indonesia pada musim lepas.

Pemain import ketiga masih dalam perbincangan untuk menyertai pasukan. Beliau akan beraksi di posisi tengah.

Ini merupakan salah satu langkah yang diambil dalam menstrukturkan semula pasukan selain menambah kekuatan pasukan di tiga posisi utama yang amat diperlukan oleh Ketua Jurulatih, K.Devan.

Selain itu, pihak kelab juga bersetuju untuk meminjamkan penjaga gol, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman ke SAINS FC bagi membantu pasukan barunya di kancah Liga M3.

Terima kasih kepada penyokong Negeri Sembilan FC kerana sentiasa bersama kami.

Hobin Jang Hobin.

Satwant Singh
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC