Teruskan Momentum, Misi 3 Mata!

NSFCNews Leave a Comment

Satu laie perlawanan bosar dan ponting yang akan diharungi Nismilan hari ini. Kalau minggu lopeh kito lawan juaro 8 kali berturut-turut, hari ni kito lawan antaro poncabar gelaran Liga Super. Kodah Darul Aman.

Den yakin somangat sekalian yang setio masih membaro terhadap pasukan walaupun kito kalah lawan JDT. Kalau den seorang yang optimis, Nismilan ghaso eh ado peluang coghah nak kutip 3 mato ponuh kek Darul Aman ni. Tapi kono ingat yang skuad Jang akan beraksi tanpo penyorang utamo kito iaitu Matheus Alves. Kot ado la waghieh mo milah yang tak porasan, Alves dilayangkan kad merah oleh pongadil selopeh perlawanan tamat kek Paroi minggu lopeh. Nak buek cano kan? Perlawanan tu ponuh dongan drama dan emosi pomain pun agak tinggi.

Bilo Alves takdo, den jangkokan jurulatih kito akan boghi Kossi dan Zaquan la kek bahagian attacking. Prestasi kapten kito perlawanan minggu lopeh memang layak dipuji. Terlalu cemerlang. Tang Kossi ni kito kono la boghi sokongan supayo moral dio naik balik kan? Den yakin dio pun tak maun do sepak ko langit macam lawan JDT maghin. Kalau ado joki, den ghaso Kossi buleh score malam ni.

Selain Kossi, den jangko Goulon akan diturunkan jugak. Bukan la Nismilan tak handa kot dio takdo, maghin main handa yo kan? Tapi kot dio ado, kito laie konfiden la nak lawan Kodah. Sean mo Selvan macam biaso, den jangko akan masuk sebagai pomain gantian dan akan buek huru-haro kek portahanan Kodah.

Seorang laie pomain ponting yang den nak cakap sikit ni ialah wira kito minggu lopeh. Tak lain tak bukan Syihan. Kito samo-samo harapkan Syihan dapek koka an prestasi cemerlang deh tu. Bukan apo, striker Kodah si Ronald Ngah tu hatrik maghin. Haa, dan-dan lah hatrik bilo nak lawan Nismilan kan?

Bobalik kek point den kenapo Nismilan ado poluang nak dapek 3 mato, kito kono tengok form Kodah sekarang ni. 5 perlawanan torakhir deh dalam liga, dio monang sokali, sori sokali, kalah 3 kali. Haa, kalau nak ikut form, form kito la laie sodap an? Dapek pulak Kodah sekarang ni tongah fasa transisi atau rebuilding. Tak tau la kenapo Aidil Sharin Sahak poie lopeh an Kpah Sherman mo Kipre Tchetche poie Terengganu. Baddrol Bakhtiar mo Rizal Ghazali pulak dilopeh an poie Sabah. Den ado la dongar cito-cito sikit pasal ni tapi tak sodap la an kito nak cito pasal team orang lain?

Apo yang ponting, pomain Nismilan kono koka an somangat molawan yang ditunjuk minggu lopeh. Sobab eh 1 Malaysia nengok maghin! Dongar posan coach, ikut taktikal coach dan main bosungguh-sungguh! InshaAllah buleh dapek 3 mato. Kok dapek 3 mato, dapek la duduk nombor 1 sohari. Jadi lah daripada takdo kan? Hahaha. Ingat sonang ko team dari Liga Premier nak duduk nombor 1 Liga Super? Payah poit!

Kepado penyokong yang akan bergorak ko Stadium Darul Aman, hati-hati ketiko momandu, patuhi had laju dan ingatlah orang yang tosayang. Haa, macam iklan TV! Bilo poie tompek orang, jago kelakuan tu. Tunjuk yang baik-baik yo, yang buruk tu tingga an dalam bas ko keto ko van ko. Orait? Kot jumpo den kek Darul Aman sok togur dan amek la selfie mo den. Kalau monang! Kalau kalah tak payah! Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *