Skuad Negeri Sembilan FC akan kembali dari cuti Syawal, apabila bakal bertemu pasukan Sarawak United dalam aksi Liga Super 2022 yang akan berlangsung pada Jumaat,
Walaupun tewas kepada Terengganu FC dalam aksi Piala FA baru-baru ini, kehadiran semula 2 tonggak dari senarai kecederaan, David Mawutor dan Adetu Kossi memberi berita gembira kepada skuad Jang.
Negeri Sembilan FC dilihat bermasalah di bahagian tengah akibat kehilangan David Mawutor, namun masih mampu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.
Menurut Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, K.Devan, selaku pendatang baharu di Liga Super, dia tidak terlalu memikirkan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah, sebaliknya lebih menumpukan kepada peningkatan prestasi pasukan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Dia mensasarkan untuk kekal dalam saingan Liga Super selain mendapatkan kedudukan yang baik dalam saingan liga musim ini.
Sarawak United pula memiliki tonik yang baik untuk menghadapi skuad Jang, setelah meraih kemenangan sulung menewaskan PJ City FC 3 – 1. Pastinya tiada laluan mudah buat anak buah K.Devan.
Apa pun, semoga skuad Jang beroleh kejayaan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami di Negeri Sembilan Football Club.
Hobin Jang Hobin!


