Ujian sebenar skuad Jang

NSFCNews Leave a Comment

Nismilan lawan JDT. Pado den ni perlawanan paling bosa untuk pasukan kito setakat ni. Duo-duo masih bolum kalah laie dalam liga. Mangaih, moghomang bulu tongkuk bilo sobut tak kalah laie dalam liga ni.

Walaupun NSFC sekarang ni duduk kek nombor 1 liga, kito tak buleh la action bona kan. Sobab eh lawan kito ni bukan kaleng-kaleng poit. Juara 8 kali berturut-turut tu. Ingat sonang ko nak buek? JDT ni ado musim yang dio tak kalah langsung tau maso monang liga. Oleh itu, sebagai pasukan yang membuat kemunculan semula dalam Liga Super musim ni, kito kono realistik. Bilo bodiri tu kaki kono jojak tanah. Boto sekarang ni kito nombor 1, tapi baru 6 perlawanan. Ado laie nam boleh perlawanan! Jauh laie perjalanan.

Bilo den cakap kono realistik, den tujukan lobih kek penyokong la. Pomain mo jurulatih memang dah tontu realistik. Den tak nak sontuh bondo tu. Berdasarkan reaksi penyokong kek stadium musim ni, den raso ramai yang dah makin colik dan bijak pasal bola ni. Den yakin ramai yang setuju Nismilan akan lebih banyak bertahan lawan JDT. Jadi, den harap penyokong ni tak bagi tokanan tambahan kek pomain. Kok passing tak sampi ko, sepak caples ko, belari tokoluceh ko, kito kono bagi sokongan ponuh. Tak payah do kito nak beriyo mengeluarkan kata-kata tidak elok.

Kapten kito, Zaquan atau Adik pun dah buek seruan kek FB NSFC. Memang payah nak monang lawan JDT. Tapi bola tu bulat. Kehadiran penyokong yang boghi sokongan pasti akan menaikkan laie somangat pomain. Bilo somangat dah naik, macam-macam boleh jadi. Den dimaklumkan setakat artikel ni ditulis dah lobih 7,000 tiket tojual. Haa, tu deh! Kok korang sok tak nak parking jauh, datang awal. Kalau datang lambek, parking keto tu biar macam orang poie sekolah dan tak menyusahkan orang lain!

Dah tontu JDT dilabel sebagai pasukan pilihan. Tengok yo la pomain deh. Bergson, Arif Aiman, Corbin Ong, Forestieri, Afiq Fazail. Den donga namo yo dah goyang. Sobab tu den tak jadi pomain. Hahaha. Kito harapkan pomain kito semuo dapek boghi yang terbaik dan kengkurang dapek boghi cabaran la kek JDT. Paling tidak pun komitmen kono 200% ateh padang. Koja semuo bola, marking player lawan, dan cubo la menyorang sekali-sekalo. Kalau dah 60 minit perlawanan dan JDT tak dapek score, itu pun den dah ghiang.

Cukup la kot den bocoghabih takat ni kan? Nak cito pasal taktikal apo sumo takdo den roti do. Kok suruh makan den handa! Ingat, sentiaso bagi sokongan kek pomain kito sok. Mano la tau kok dapek 1 mato kan? Ado joki lobih, dapek la 3 mato. Kot dapek 3 mato, maun tak tido seminggu tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *