Syahmi Adib Perkukuhkan Gawang Negeri Sembilan FC

NSFCNews

Penjaga gol muda, Syahmi Adib Haikal meneruskan perjalanan kariernya dalam bola sepak dengan menyertai Negeri Sembilan FC secara pinjaman dari Selangor FC. Berusia 21 tahun, Syahmi merupakan pemenang Piala AFF B19 pada tahun 2019. Syahmi juga turut mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan B23 pada musim lepas. Syahmi banyak beraksi bersama pasukan Selangor FC B23 dan mencatatkan sebanyak 928 minit …

Alifh Aiman Teruskan Perjuangan Bersama Negeri Sembilan FC

NSFCNews

Pemain muda, Muhammad Alifh Aiman meneruskan kerjayanya dalam bola sepak dengan menyertai pasukan Negeri Sembilan FC. Alifh, yang berusia 25 tahun bermain sebagai pemain tengah. Beliau juga berkebolehan untuk bermain di bahagian sayap. Alifh pernah beraksi bersama pasukan Kelantan FC dan PDRM FC sebelum menyertai skuad Jang. Bersama PDRM FC. Alifh telah membuat sebanyak 10 penampilan, selain membantu PDRM FC …

Hadin Azman Sertai Skuad Jang

NSFCNews

Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Hadin Bin Azman secara rasmi telah diumumkan sebagai pemain baharu skuad Hobin Jang Hobin. Pemain yang berusia 30 tahun ini pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim FC, Felda United, Kedah Darul Aman FC dan KL City FC sebelum berkelana ke Penang FC pada tahun lepas. Hadin memiliki 9 penampilan bersama pasukan kebangsaan dan telah menjaringkan 1 …

NSFC jalin kerjasama dengan ATF Sport Taping

NSFCNews

Seremban: Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan ATF Sport Taping, sebuah jenama pita sukan buatan Malaysia. Menerusi kerjasama ini, ATF menjadi Rakan Pita Sukan Rasmi skuad Jang bagi musim 2024/2025 dan menjadi pembekal pelbagai jenis pita sukan yang berkualiti seperti pita rigid, pita kinesio, sport bandage, underwrap, healing boots dan bag fisioterapi. Ketua Pegawai Eksekutif …

Efendi Abdul Malek Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal NSFC

NSFCNews

Negeri Sembilan FC (NSFC) hari ini mengumumkan pelantikan Efendi Abdul Malek sebagai Pengarah Teknikal yang baharu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus, pihak kelab kekal optimistik dalam mengimbangi keperluan skuad Liga Super dan skuad-skuad pembangunan di dalam kelab. “Pelantikan Efendi Abdul Malek merupakan satu manifestasi keinginan kelab dalam melakukan rombakan falsafah bola sepak kelab bermula dari peringkat bawah-23 tahun …

NSFC Sedia Mulakan Proses Teroka Kerjasama Dan Rundingan Pelaburan

NSFCNews

Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd (NSFC) hari ini mengumumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah kelab bersedia memulakan proses rundingan dan penerokaan kerjasama bersama pihak-pihak individu dan swasta yang berminat bagi memperkukuhkan kestabilan skuad Hobin Jang Hobin dalam kancah saingan Liga Malaysia. NSFC merupakan kelab bola sepak profesional yang kini mempunyai tiga pasukan di bawah kendaliannya iaitu Liga Super Malaysia, Piala …

Perkembangan Terkini Pasukan Menjelang Jendela Perpindahan Kedua

NSFCNews

Pihak pengurusan Negeri Sembilan FC sedia maklum berkenaan prestasi terkini pasukan Liga Super Malaysia 2023 yang kini menduduki tangga ke-9. Sejak tahun 2021, pihak kelab telah memberikan kuasa penuh kepada Ketua Jurulatih untuk membuat segala keputusan berkenaan pemilihan pegawai teknikal dan pemain tanpa campur tangan mana-mana pihak. Pengagihan tanggungjawab yang sama juga telah membolehkan pasukan Negeri Sembilan FC menduduki tempat …

NSFC collaborates with XOX To Strengthen Its Offerings To The Fans

NSFCNews

XOX Bhd (XOX), via its sports marketing arm, XOX Pro Sport Sdn Bhd, and Negeri Sembilan Football Club Sdn Bhd (NSFC) have signed a memorandum of understanding to provide the football club with the service of co-branding telecommunication products and services, and coordinate with XOX to explore commercial opportunities with XOX Group ecology. The partnership will see NSFC offering mobile …

NSFC Lancar Pas Bermusim, Umum Harga Tiket Perlawanan Dan Kit Musim 2023

NSFCNews

Seremban: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) hari ini mengumumkan pelancaran pas bermusim secara dalam talian menerusi semua akaun media sosial rasmi kelab sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 yang akan bermula hujung bulan ini. NSFC dijangkakan akan berentap di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan jumlah perlawanan minimum 15 kali bagi saingan Liga Super Malaysia, Piala FA, dan Piala …

Perkembangan Terkini Pasukan Menghadapi Saingan Liga Malaysia 2023

NSFCNews

Pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan. Justeru itu, satu keputusan telah dibuat dan pihak kelab bersetuju untuk mengambil 3 pemain import dalam menghadapi saingan liga yang akan berlangsung pada 26 Februari 2023. Pemain-pemain tersebut ialah Mark Herold Goulon, yang merupakan tonggak pertahanan Negeri Sembilan FC pada musim lepas. Beliau yang berasal dari Perancis telah menjaringkan 6 …